"Are you ok ibu?"
"Are you ok ibu ?"
Disebalik soalan yang diajukan anak kecil ini, jauh dalam hati ibu rasa nak menjerit sekuat-kuat hati ibu nak cakap "I'm not OK !!!!"
Tapi sebagai seorang ibu, takkan ibu nak tunjuk ibu lemah ! Sedangkan kalau anak2 ini tahu, bahawa ibu ini dalam keadaan tidak nampak jalan hari esok. Seboleh2nya ibu selindung segala yang ibu rasa, walau dunia ini sungguh tak berlaku adil tapi ibu tahu dunia ini bukan tujuan, tapi adalah sebuah perjalanan.
Seorang lelaki yang nampak gagah akhirnya menunjukkan kebodohan nya. Malu rasa nak ngaku dia ayah kepada anak2 ku. Dia bukan sekadar curang, tapi dia telah melakukan kebodohan yang memalukan ! Semoga Allah menjadi saksi buat segala kebodohan yang dia lakukan pada aku ! Sesungguhnya aku yang rasa malu dengan kebodohan nya, sedangkan dia masih menjalani kehidupan dengan tenang.
Ibu sujud lama di tikar sejadah, lama sampai tak henti air mata mengalir. Menadah tangan tapi sunyi tanpa sebarang kata. Dalam hati terlalu rancak bicara sampai tak terluah. Tapi aku yakin, Allah mendengar ! Allah rindu suara aku merayu, merintih dalam doa. Tapi disaat ini tak terluah segalanya sampai aku rasa kelu untuk bicara. Sedangkan Allah itu rindu suara aku mengadu padaNYA.
Maaf kan Ya Allah.. ya, aku banyak kekurangan ! Demi anak2 aku terpaksa bertahan, tapi sampai bila ? Selama ini pun aku banyak da korbankan segalanya.. korbankan rasa, wang ringgit, masa dan tenaga yang tanpa sikit pun aku nak berkira. Tapi saat ini, aku benar2 rasa tak mampu nak korbankan hati yang hilang RASA ini buat seseorang yang tidak menghargai.
Papa .. Mak .. along dah salah memilih imam .. along salah pilih suami .. maafkan along ..
Anak-anak ibu .. maafkan ibu.. biar ibu rahsiakan segalanya.. tapi semoga kehidupan anak-anak ibu lebih baik, dan tidak dikhianati seperti ibu lalui ini. Semoga jalan mu dipelihara dari fitnah dan zina. Sesungguhnya doa ibu sentiasa mengiringi mu wahai anak-anak

Comments
Post a Comment